|
Di
zaman silam sirih merupakan salah satu pendekatan
perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di
Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika
Timur. Di India, sirih digunakan untuk mengubati
penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika
Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya
untuk selsema serta penyakit radang kerongkong.
Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati
masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi
oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk
dijadikan losyen mandian
untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak,
kelenjar membesar dan lymphagitis. Sementara di
Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam
bahan-bahan perubatan lain sebagai
ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan
aphrodisiac.
Khasiat-khasiat sirih yang telah digukankan di dalam
perubatan di zaman silam ini telah terbukti kesahihannya
melaui kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh
institusi di antaranya Universiti Putra malaysia (UPM)
dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Di
antara hasil kajian mendapati daun sirih
atau 'Piper Betle' mengandungi
PATI MINYAK yang bahan-bahan
utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan
aktif di dalamnya pula seperti
FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit
dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya
boleh membawa kesan awet
muda.
Khasiat
ASTRIGEN daun sirih pula
berkeupayaan mengecutkan
tisu-tisu organik dan khasiat
ANTISEPTIK untuk membunuh kuman.
Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai
pencuci harian bagi wanita khasnya, selain
menegangkan otot-otot tisu
dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman
atau kulat serta mengatasi masalah keputihan.
Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah
penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh
merawat kanser dan penyakit jantung.
Di dalam
bidang perubatan herba di Malaysia, menurut sejarah,
sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih
ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa
dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih
sebagai herba untuk memanaskan
badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya
dengan penjagaan mulut dan rambut.
Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan
sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya, samada bagi
tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan.
Kini dengan perkembangan
teknologi-bio ia diproses dan dimasukkan dalam bekas
untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan/kosmetik.
BioSirih Cosmetics adalah
sebuah syarikat 100% milik
bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan
memasarkan produk-produk kosmetik/kesihatan bermutu
tinggi dan berkesan dengan hanya menggunakan bahan-bahan
yang dijamin halal serta selamat digunakan.
Tumpuan-tumpuan syarikat ialah produk-produk yang
berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya
pati minyak daun sirih yang melambangkan ketulenan
kosmetik sejak zaman berzaman.
Khasiat-khasiat daun
sirih ini telah digabung dengan khasiat yang terdapat
dalam limau purut. LIMAU PURUT atau CITRUS HYSTRIX
mempunyai khasiat antaranya melembut, melebat, merapi
dan mengharumkan rambut, mengatasi masalah kulit kepala,
melegakan migraine, merangsang perjalanan darah dan
mengatasi bau badan. Asid Sitrik (AHA) yang terkandung
membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C
serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan
membantu memulihkan tekanan darah.
HALAL DAN
SELAMAT DIGUNAKAN OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR, LELAKI DAN
WANITA
TIADA
LEMAK HAIWAN, TIADA BAHAN KIMIA YANG MEMUDARATKAN DAN
TIADA KESAN SAMPINGAN YANG DIKENALPASTI.
|